Thursday 27 October 2011

Sejadah mini..

Lama sudah tak update blog nih.. bercinta betul.. hari ni rasa macam nak menjenguk plak.. haha.. lepas raya hari tu sibuk menjahit sejadah mini tuk kengkawan.. stok barang pun dah habis.. nak kene g cari lepas ni..

Sarah sediakan kat sini pelbagai jenis corak jahitan tuk sejadah mini kalau2 berkenan.. Sejadah mini ini saiznya kecil skt dr saiz seblm ini.. bentuk segi empat sama.. Harga RM13.00..










Wednesday 24 August 2011

Saat2 akhir Ramadhan..

Tetiba teringat kat mak.. Dulu masa kecik2 duk tengok mak jahit baju org.. Punya byk la tempahan baju raya yang mak dpt.. Baju kurung.. Baju Melayu.. Tak menang tangan la nak buat..

Bila dah besar skt sarah pun dpt tender dr mak gak.. tender sembat baju kurung.. Letih.. memang letih..

Tapi bese lah bg tukang2 jahit ni.. Baju org diutamakan.. Baju anak2.. baju sendiri.. malam raya baru siap.. tu pun kalo bernasib baik.. kalo idak pun.. pg raya baru siap.. huhu.. janji siap..

Sekarang mak dah x menjahit lg sbb dah x larat.. Sarah plak take over keje mak tu.. dan skrg Sarah dah rasa bahana nya.. baju sendiri dan anak2 lum siap lg.. huhu.. silap hari bulan balik kg bawa mesin jahit la jawabnya..

Sunday 24 July 2011

Kurangkan Aktiviti menjahit..

Saya nak minta maaf kepada sume pelanggan.. Tempahan kini hanya dibuka untuk telekung & sejadah mini sahaja.. Dah tak menang tangan nak menjahit.. kalut ngan BB Syakir lagi.. Kalo bentang kain.. BB Syakir yang akan sukat dulu.. Maka, kalo ada yang nak tempah telekung boleh la tempah yek..

Sunday 3 July 2011

BERHENTI SEMENTARA

Kepada sume pelanggan yang dihormati.. Aktiviti menjahit kini terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada aktiviti 'pembersihan' sebelum menyambut Ramadhan ni..

Thursday 14 April 2011

Mesin Ayam Golek

Hmm.. sibuk2 bincang tuk kenduri adik.. Abg yg sulong perkenalkan mesin ciptaan terbaru dia.. 'MESIN AYAM GOLEK'.. sbb pak ckp nak masak nasi ayam jer..

Nasi ayam pun ok gak.. x de lah letih sgt nak buat keje.. tambah plak kalo dpt guna mesin camni.. kalo kene bakar manual.. letih la jugak.. bukan letih buat keje.. letih tgk org buat keje.. haha.. sian2 kat depa yg kene buat keje..

Janji ada menu yg senang dan mudah.. Tuk lauk pengantin.. nanti akan dibincang kemudian.. Takkan nak hidang nasi ayam semata kot.. hihi

Penghargaan


Hadiah dr anak murid..



















Macam tahu je sarah nyer bekas kuih dah pecah satu.. hihi.. Dapat pengganti yg baru.. kira ok lah tu.. x yah beli dah.. Terima kasih la buat kengkawan yg hadiahkan sarah bekas kuih ni..

Wednesday 13 April 2011

Menjelang 1 Mei..

Dah lama x jenguk blog.. bz sgt ker?.. bz lah jugak.. hihi.. Tahun ni tahun menyambut ipar duai.. Bz kalahkan org nak sambut menantu.. Letih sungguh rasanya.. nak buat tu.. nak buat ni.. nak jaga mak sana.. nak jaga mak sini.. hihi.. Tapi best gak bila dpt sibukkan diri..

Dah lama sbnrnya x buat kenduri.. yg terakhir hari tu thn 2002.. hmm.. lama tu.. mak mertua plak skrg ni sibuk nak jahit 'skirting' tuk kerusi.. nak wat cam org katering selalu buat tu.. x best gak kalo x tolong.. sbb dah kategori pandai menjahitkan..

Maka hujung minggu padat dgn aktiviti menjahit.. sejadah mini yg kawan opis tempah lum siap lagi.. bulan depan dia nak g umrah.. agaknya nak bawa sejadah tu kot.. bila nak buat ni.. Kenduri pun dah nak dekat..

Relaks.. Relaks.. byk masa lg.. x sabarnya nak dpt geng baru..  yeee haaaa..


Cam ni lah agaknya 'chair skirting' yg mak mertua nak buat tu gamaknya..
kain dah beli satu gulung.. beria-ia sungguh dia tuk kenduri kali ni..



Cantik jugak bilik tidur kalo hias camni.. simple..


Tuesday 4 January 2011

Hari Pertama Persekolahan

Dah mula masuk sekolah.. hmmm pakai baju baru, kasut baru, beg baru... sume baru lah.. bestnya.. teringat masa mula sekolah dulu.. rasa takut sebab x de kawan.. bese lah.. tp alhamdulillah dia x melalak.. boleh lah abahnya g keje ngan suka hati..

Ni dia baju dan tudung yg dijahit utk kakak pakai.. Alhamdulillah ummi dia boleh menjahit.. nak beli sume mahal gak kos nya..

Belajar rajin2 tau..


Berbaris sebelum masuk kelas..
 

Dapat tempat duduk belakang..

Bersoal jawab ngan cikgu..

Dapat tag nama.. pakai tau.. jgn disimpan..


Sunday 2 January 2011

Kembali... dengan sedikit perubahan..

Lama sudah x tgk blog ni.. habis je tempoh berpantang terus mula menjahit baju sekolah kakak (anak sulung).. dah masuk alam persekolahan.. siap lah juga dalam  3 pasang.. suka betul dia..


Sebenarnya byk juga tempahan yg disiapkan sebelum bersalin cuma x sempat nak masuk gambar..

Tumpuan kini byk kepada telekung.. sesiapa berminat nak order telekung tuk anak2 dialu-alukan.. Saiz dan jenis kain (masih cotton tp lebih berkualiti) telah diubah dan harga telekung yang berpatutan..

Jahitan lain (baju kurung, baju sekolah, tudung ) masih di teruskan.. cuma saya ambil upah jahit sahaja (tidak membekalkan kain)..