Sunday 29 August 2010

Tempahan Telekung utk anak Kak Mimi & Kak Linda

Jumaat malam potong.. petang Sabtu jahit.. Siap gak akhirnya tempahan telekung Kak Mimi ngan Kak Linda. Terharu rasanya orang jauh order (Pulau Pinang)..


Sarah ucapkan terima kasih sbb beri kepercayaan kepada Sarah utk buatkan telekung utk anak akak berdua.. Semoga anak2 kita ni dpt mendirikan ibadah solat dengan sempurna..


Waktu Sarah tolak permintaan Kak Mimi hari tu, Hubby Sarah kata tak baik tolak hajat orang.. tambahan pulak utk buat telekung solat.. mmm.. betul gak tu.. apa salahnya jahit, menggalakkan org tuk solat..


Harap2 memuaskan hati Akak berdua.. kalau ada komen nanti, silakan lah.. utk menambah mutu jahitan..


Telekung tu dah ready utk dipos..


Telekung Saiz M dgn renda sederhana -
Renda tu mahal skt semeter RM 3.20

Hubby yg sibuk membungkus parcel ni..
Thanks to my hubby also..

Tuesday 24 August 2010

Borang Tempahan

Untuk pelanggan yang betul2 berminat untuk membuat tempahan.. diminta agar dapat memberi maklumat seperti di bawah melalui ruangan 'Untuk Tempahan' atau melalui phone..





p/s:

1) Harga Asal adalah seperti yang diiklankan dalam blog. Harga akan berubah seandainya terdapat perbezaan tempahan dr segi spesifikasi yg telah ditetapkan.


2) Tempahan ini juga perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM 10 ke dalam mana2 akaun yg tertera di dalam blog. Baki perlu dilunaskan selepas barangan siap dan sebelum proses pos dilakukan. (akan dimaklumkan)


3) Borang tempahan perlu disertakan bersama dengan bukti deposit.


4) Mohon kerjasama dr pelanggan yg dihormati agar tidak membuat tempahan jika x berminat.

Monday 23 August 2010

Tudung Awning tuk anak Sunita

Antara yang terawal menempah, baru semalam siap.. sorry lmbt skt.. bukan susah sebenarnya nak buat tudung ni.. tp nak cari masa yg sesuai sbb letih sgt la skrg ni..


Nak tunjuk jugak la tudung Awning yg Sarah dah buat tuk anak Sunita ni.. Harap2 Sunita suka..


Tudungnya kecil saja sbb anak Sunita baru berumur 3 tahun.. kira paling kecil la.. lebih kurang macam anak tudung org dewasa..


Tudung Awning Dewasa (Kak Norma tempah)

Siap jugak akhirnya tudung yang Kak Norma tempah.. dan telekung yg telah diubahsuai.. Nak masuk jugak la gambo nya tuk kenang2 an..


Tudung awning Kak Norma ni labuhnya lebih kurang 18 inci.. Kalau dibandingkan dengan tudung yg Sarah pakai.. Tudung Kak Norma ni kategori pendek skt la, kalau nak dibanding dgn saiz yg selalu dijual diluar tu.. mungkin saiz XL kot .. tp sesuai tuk dia..

Senarai Harga

(Tempahan kini hanya untuk Telekung & Sejadah Mini)

Senarai harga produk boleh dilihat seperti dalam jadual di bawah.  


* Harga akan berubah sekiranya terdapat permintaan yang berbeza dgn 
   spesifikasi yg telah ditetapkan..
   (Jenis Renda/ Kain)
* Saiz telekung / tudung adalah anggaran semata2..

Sejadah Mini


Ukuran sejadah 16 inci x 12 inci
Harga: RM 15.00
Harga Pos : RM 7.00

Ciri-ciri Sejadah:
1) Kain Cotton putih
2) Renda kecil pelbagai warna mengikut permintaan (pink salah satunya)
3) Lapisan Sponge (Betting)

Lagi.. Sejadah Mini

Hari Jumaat minggu lepas Hubby bagi tau member opis dia minta buatkan sejadah mini macam yang Kak Harizon tempah.. Katanya untuk dibawa gi solat tarawih..  Ishk.. ishk.. terharu plak.. buat jugak lah.. siap buat extra lg.. sbg contoh..

Untuk pengetahuan kengkawan.. Sarah letak harga RM15 utk satu sejadah mini ni (16 inci x 12 inci)..

Kalau kengkawan berminat boleh buat tempahan dengan kadar segera..

Tuesday 10 August 2010

Menjahit; tak terfikir sampai tahap ni..

Mula2 nak cebur diri dalam bidang jahitan ni tak de lah terfikir sampai macam ni.. tambahan pula dalam keadaan sekarang. Ingatkan nak buat telekung budak then jual.. Telekung contoh dah hantar kat kedai kawan Hubby tuk promosi.. Harap2 dapat sambutan.. Ya Allah berilah kekuatan dan ruang kepadaku dalam menjalankan biz ini..

Telekung yang Kak Mira tempah tak siap lagi, Tudung tuk Mak Mertua dan Atok pun x sentuh lagi.. Kak Norma punya Telekung tuk di 'alter' pun baru separuh jalan.. Kak Harizon pula minta buatkan Baju Kurung dia tuk raya agaknya.. Aku dah tolak sebenarnya, tp kesian plak..

Semalam mak dah tanya tudung dia dah siap ke belum.. Dia nak bawa g Mekah tuk tunaikan Haji tahun ni.. haaaaaa

Riso plak kalau2 x sempat buat.. Ya Allah permudahkan urusanku..

Tempahan Sejadah Mini Kak Harizon

Kak Harizon minta Sarah buatkan Sejadah Mini untuk dia pakai Ramadhan ni.. Nak buat design camner ek.. Reka punya reka maka jadilah ia seperti ini.




Saiz sejadah mini ini lebih kurang 16 inci x12 inci.. Dalamnya ada lapisan 'sponge' supaya rasa lembut bila sujud.. Dah serah pada Kak Harizon.. Harap2 Kak Harizon suka...

Tempahan Baju Kurung Mak Kak Chah

Ini dia baju kurung mak Kak Chah yang siap dijahit. Baju kurung biasa dengan kain lipat (ala2 lipat batik).. Harap2 mak Kak Chah selesa pakai.


Kainnya lembut betul..

Sunday 8 August 2010

Aktiviti hari minggu

PASTI Kawasan Gombak telah mengadakan Majlis Ihtifal 2010 di Dewan Serbaguna Taman Melati.. Anak Sarah yang sulung terlibat dengan persembahan nasyid.. Walaupun sibuk dengan aktiviti jahitan, pergi jugalah utk bg sokongan kat kakak..

Sambil tgk persembahan, tangan pegang jugak baju.. manalah tau kalau2 sempat jahit mana yg boleh dijahit.. haha, jangan bazirkan masa yg terluang.. Baju sape tu?.. baju mak Kak Chah.. siap gak jahit.. sbb bukan profesional, makan masa 2 hari baru siap..

Kak Chah!!.. dah siap tau baju mak Kak Chah ni.. hihi
X nak serah lg.. sbb nak amik gambo dulu tuk buat koleksi..

Khusyuk menjahit sementara menunggu program bermula..
Tertidur syuhada menunggu kakak bernasyid..
Kakak.. 2 dari kiri
Tengah bernasyid la tu.. Lagu Rasulullah.. hari2 dengar dia berlatih..
Habis nasyid.. Abah belanja makan ais krim.. saat paling best bg budak2..

Thursday 5 August 2010

Rezeki yg tidak dijangka

Alhamdulillah.. Pepagi lg member opis minta alter 4 telekung dia sbb katanya nak bawa g Mekah.. tunaikan Haji tahun ni.. bila dibelek, susah gak.. tp boleh la.. kesian plak.. sbb masa dah semakin suntuk (suntuk buat Sarah dan dia).. nak cr tailor lain pun susah sbb majoriti tailor bz ngan tempahan baju raya.


Baju sekolah kakak pun x sentuh lg.. bila nak buat nih.. hujung minggu x duk kat rumah.. ishk.. ishk.. ishk..


Kene buat jadual menjahit nih..

Sunday 1 August 2010

Hujung minggu yg memenatkan

Hari Sabtu mmg off.. so amik time ni utk potong kain.. Bebaru ni kakak ipar minta jahitkan 10 telekung untuk surau sekolah dia.. mm.. bagus gak tu.. Dah ada peluang, amik je..


Mula Tengahari habis kul 6.30 ptg.. sakit tul pinggang.. maklumlah rumah kecil, potong kain kat lantai je lah.. Malam rest sbb dah lama sgt duduk.. kene pk masa depan gak.. kang sakit sapa susah.. haha.. sendiri jugak yg susah..


Hari Ahad pepagi lg lepas siapkan keje umah.. plan ngan hubby nak kuar KL cari kain tudung tuk buat tudung sekolah anak.. maklumlah, tahun depan si kakak dah nak masuk darjah 1.. mak dia yg terlebih excited.. cari kain kat area rumah x de.. alasan habis stok..


Dah lama x jejak kaki di KL.. sesaknya.. masuk Jakels.. pun x de stok.. jgk mydin jap cari benda2 yg patut tuk aktiviti jahit-menjahit.. pastu, g Kamdar.. yee haaa... akhirnya dapat gak kain tudung tu.. KAMDAR gak yg ada.. len kali g Kamdar je lah.. Agaknya org sume duk g Jakels, tu yg habis stok tu..


Tp bila dibezakan harga.. kain di KAmdar lebih murah berbanding di Jakels.. bg Sarah la.. x tau la kalau org len.. hehe.. Boleh survey sendiri..


Habis memborong sampai rumah kul 3.30 ptg.. letih gak.. tp bila dikenangkan mesin jahit tepi tu belum dirasmikan.. Sarah mulakan projek telekung dulu.. siapkan semua jahitan tepi kain dan akhirnya.. 1 telekung berjaya disiapkan.. nanti dah siap sume Sarah akan uploadkan gambarnya..


Malam, cuba siapkan tudung yg Sunita tempah tuk anak dia.. sempat buat awning je.. letih sangat.. Tido... zzzzz

Brother 3034D Overlocker


Inilah dia mesin jahit tepi yang Sarah idam-idamkan.. akhirnya telah menjadi milik mutlak.. nak tahu berapa harganya.. RM 1299.00.. mmg berbaloi.. Sekarang dah x perlu g kedai hantar jahit tepi sbb sume dah ada kat umah.. cuma kene cari benang dgn warna yg sesuai je..

Kalau ada member2 yg nak beli mesin jahit tepi, Sarah cadangkan beli yg ini.. Tp kalau x nak beli, boleh lah hantar kat Sarah utk dijahitkan.. barulah biz boleh jalan..