Wednesday 21 July 2010

Telekung

Telekung pun wat gak.. tapi telekung yang simple2 jer.. x de la sulam2 sbb mesin sulam belum beli lagi.. kalau2 nak tempah tuk anak2 apa salahnya..

Harga tempahan (termasuk kain) :
1) Saiz S (Budak)    : RM 30
2) Saiz M (Budak)  : RM 40
3) Saiz L (dewasa)  : RM 55
4) Harga Pos           : RM10

Ciri-ciri telekung:
1) Renda kecil (putih)..
2) Kain cotton biasa (bidang 45)
3) Untuk Saiz S & M    - Lilit kepala dan pinggang 
                                                    menggunakan getah.. (Boleh req. tali)
     Untuk Saiz L           - lilit kepala menggunakan tali dan pinggang 
                                                    menggunakan getah (Boleh req. tali)
                                                 - Double layer

Tentukan saiz telekung spt dibawah sebelum membuat tempahan..








Tentukan saiz telekung:






Monday 19 July 2010

Koleksi Jahitan

Buat masa ni Sarah sempat 'edit' beberapa hasil kerja tangan sendiri..
Akan dimasukkan lg selepas ini..

































Sunday 18 July 2010

Saturday 17 July 2010

Kelas Jahitan

Mmm.. terkejut jugak bila ada member minta buat kelas jahitan.. Sarah bukannya pandai sangat pun.. tp boleh la skt2.. setakat jahit baju dan tudung untuk anak.. Tp bila member dah minta, apa salahnya menunjukkan bakat yang belum terpendam nih..


Bila nak buat kelas kalau sibuk ngan keje?.. buat time rehat (Jumaat tengahari).. ok gak.. byk skt masa.. Sarah buat kelas simple jerk.. tak yah pakai kertas2 nih.. renyah.. sbb Sarah dulu pun diperturunkan ilmu dr mak tanpa menggunakan kertas.. harap2 diorang boleh faham.. haha 

Sarah x kenakan sebarang bayaran sbb sarah mmg suka kalau org nak belajar ngan Sarah.. sbb Sarah pun bukan profesional.. setakat mana mampu aje..


Setakat nih Sarah ada 4 orang anak murid (Kak Norma, Kak Zaiton, Kak Zalifah, Kak CTI dan Kak Aini) yang betul2 beria nak belajar dan mungkin akan bertambah lagi sedikit hari lg.. Sarah akan masukkan nanti gambar2 anak murid Sarah ni.. biar semangat tu bertambah lagi.. mmm bestnya..


Semoga Berjaya Semua kengkawan...

Dunia Baru


Hari ini bermula episod dimana Sarah benar2 teruja dengan aktiviti jahit-menjahit yang sebelum ini memang Sarah berminat tapi x berapa nak bersungguh2..


Sarah kenali seorang teman yang jauh nun di Gurun, Kedah. Namanya Kak Afiza http://zne29.blogspot.com/. Kerana minat yang mendalam dalam bidang jahitan ni dan ditambah lagi dengan 'tren' sekarang (jahitan tudung), Sarah cuba menghubungi kak Fiza bertanyakan tentang pengalaman beliau dalam bidang ini. Tenyata kak fiza bukan seorang yg lokek ilmu..


Sarah dah ada mesin jahit jenama Epal (Janome 2049) yang kebetulan sama ngan kak fiza.. dan kini Sarah berhajat nak beli lg satu mesin iaitu mesin jahit tepi.. kak Fiza syorkan agar Sarah beli jenama Brother sbb dia pun pakai jenama tu.. Bukannya apa, nak hantar kedai untuk jahit tepi dah la payah.. mahal lak tu.. harap2 bila dah beli bertambah rajin lah menjahit..


Sarah dengan berianya balik umah berbincang ngan hubby Sarah.. Hubby Sarah pun setuju sbb dia mmg galakkan Sarah menjahit.. cuma akhir katanya.. mesin dah beli.. lepas ni boleh la jahit baju melayu abang.. hehe (sbb sblm ni asyik jahit baju anak jerk).. Bukannya apa, leceh skt lah nak jahit baju melayu ni (tang leher tu).. pernah jahit hari tu baju anak kawan hubby.. leher saja makan masa sampai 1 hari.. letih tul.. ( sbb x de pengalaman buat baju melayu)..


Anyway, TQ tu Kak Fiza atas nasihat Kak Fiza tu..
Sarah doakan agar Kak Fiza berjaya dalam biz tudung Kak Fiza tu..